|
PERTUBUHAN PENAWAR WARISAN,
SELANGOR DAN KUALA LUMPUR (1429-04-7)
Kearah Melahirkan Insan
Yang Bermenafaat Kepada Bangsa, Agama dan Negara.
PENGENALAN
PERTUBUHAN PENAWAR WARISAN adalah
sebuah badan NGO yang terlibat secara sukarela
di dalam menangani masalah sosial dikalangan masyarakat
khususnya yang melibatkan remaja Melayu yang beragama
Islam. Pada bulan Ogos 2004, pertubuhan ini telah didaftarkan
secara rasmi. UKHAI ENTERPRISE dalam menunaikan
tanggungjawab sosialnya telah membantu pusat latihan
dan bimbingan pertubuhan ini dari masa ke semasa atas
kemampuan bagi meringankan kos pengurusan, penyelengaraan
dan sebagainya.
KAEDAH
BIMBINGAN DAN LATIHAN
Secara umum kaedah bimbingan di sini
berteraskan pimpinan rakan sebaya sehingga melahirkan
budaya hidup bersahabat ditengah-tengah mereka. Natijahnya
semangat mahu kembali ke pangkal jalan begitu tinggi
disamping tidak bersikap mementingkan diri.
KELAYAKAN
MENJADI PELATIH
Buat masa ini permohanan hanyalah terbuka kepada remaja
atau belia lelaki sahaja, iaitu;
| 1. |
Yang miskin dan terbiar. |
| |
|
| 2. |
Yang tercicir
di alam persekolahan. |
| |
|
| 3. |
Yang menghadapi krisis
identiti yang kritikal. |
| |
|
| 4. |
Yang terlibat dengan
gejala sosial seperti penagihan dadah. |
SYARAT
KEMASUKAN
| 1. |
Warganegara Malaysia. |
| |
|
| 2. |
Pemohanan yang berjaya
akan dikenakan bayaran yuran keahlian pertubuhan
sebagai Ahli Berkanun untuk sekali sahaja, dan layak
mengikuti latihan dan bimbingan di sini secara percuma.
|
| |
|
| 3. |
Sepanjang menjadi pelatih,
pemohon tertakluk kepada Peraturan Kecil Pertubuhan
serta Peraturan Pusat Bimbingan dan Latihan di sini. |
| |
|
| 4. |
Bagi bekas penagih,
mereka hendaklah bersih dan/atau tiada lagi "hutang"
dengan sebarang bentuk tindakan undang-undang atau
hukuman oleh mana-mana pihak berkuasa Malaysia. |
| |
|
| 5. |
Pihak pertubuhan berhak
menolak sebarang permohonan dengan atau tanpa sebab. |
GALERI GAMBAR
| 1. |
Gambar-gambar sekitar kegiatan
di pusat bimbingan
PERTUBUHAN PENAWAR WARISAN
yang bertempat di Bukit Cherakah, Puncak Alam,
Selangor
|
Bagi yang berminat untuk mengetahui
lebih lanjut lagi , sila hubungi
kami semula.
|