|
Di UKHAI ENTERPRISE kami tahu
setiap pelanggan cuma mahukan perabut yang berkualiti,
hasil seni yang halus dan elegen. Maka hanya perabut
demikian yang ada di dalam rangkaian edaran kami. Sebagai
tanda penghargaan, kami pula memberikan perkhidmatan
pelanggan yang pasti memuaskan hati anda.
Perabut kami dikeluarkan oleh syarikat
pengilang perabut yang berwibawa lagi unggul. Rekacipta
ala Eropah oleh sentuhan pakar-pakar tempatan menjadikan
perabut UKHAI ENTERPRISE begitu unik di dalam
kelasnya sendiri. Bahan pembuatannya pula banyak dari
sumber tempatan maka harga perabut di UKHAI ENTERPRISE
sentiasa berpatutan dan munasabah.
|
Set
Meja Makan
|
| |
|
|
|
|
Sejak berkurun lamanya, kehalusan
senibina Eropah begitu dikagumi dan keunikan rekaannya
dapat dilihat pada perabut-perabut mereka, ini
termasuk karya seni pada set meja makan mereka.
Tema flora dan fauna nampak begitu terserlah sehingga
menlahirkan suasana taman pada ruang makan mereka.
Anda dapat menikmati keindahan dan sentuhan Eropah
ini pada setiap perabut keluaran kami. Digilap
dengan warna keemasan dan lenturan besi yang begitu
seni menjadikan hidangan makanan anda sentiasa
nampak elegan.
|
| |
| |
|
Set
Ruang Tamu
|
| |
|
|
|
|
Dengan perabut rekaan kami, ruang
tamu anda begitu nyaman, mempersona dan "cosy"
sekali. Menikmati hiburan sekeluarga atau melayani
tetamu anda di ruang ini akan lebih menyeronokkan.
Anda nyatakan kehendak anda, sama ada anda mahukan
ruang tamu yang biasa, selesa atau elegan, kami
ada banyak pilihan untuk rekaan, gaya dan warna
yang menjadikan ruang tamu anda "perfect".
|
| |
| |
|
Set
Bilik Tidur
|
| |
 |
 |
|
Bilik tidur bukan sekadar tempat
tidur malahan sebuah sudut yang sangat penting
dalam kehidupan. Dari warna, hiasan, keluasan
sehingga kepada bantal tidur bilik tidur anda,
semuanya menyumbang kepada gaya hidup anda. Jauh
dari kesibukan, anda berhak menikmati kedamaian
dan keselesaan saat anda masuk hingga bangun tidur.
Koleksi katil-katil kami ada satu yang amat sesuai
dengan anda. Dan kami boleh membantu anda.
|
|