|
"
Sesiapa sahaja yang melihat burung Cenderawasih, maka tidak
terkiralah gembira dihati dan perasaannya "
- Hikayat Kitab Lama
AL-KISAH maka kata Sahibul Hikayat, adapun
burung Cenderawasih itu burung kayangan dipelihara oleh dewa-dewa
kayangan. Amatlah indah rupanya bulunya bekilauan bersinar
benar tiada tolok bandingannya. Siapa-siapa tengok burung
Cenderawasih rawanlah hatinya dan perasaannya tiada dapat
terkira-kira lagi lakunya.
Adapun asal kejadian burung Cenderawasih
amat indah ceritanya. Kerananya tatkala Tuhan menjadikan seekor
burung daripada Nur Muhammad duduk di atas Syajaratul Yaqin
menilik akan rupa paras dirinya dihadapan Mir'atul Haya'.
Maka tersangat hairanlah ia melihat keelokan dirinya lalu
bersyukurlah ia ke hadrat Allah Ta'ala dengan mengucap Alhamdulillah
rabbil'alamin. Maka burung nur Muhammad itu berpeluhlah ia
oleh sangat hairannya akan keelokan rupanya. Lalu bertitikan
peluhnya jadilah sekalian alam ini dan segala isinya serta
segala pendeta-pendeta dan sekalian arif-arif.
Maka
apabila sempurnalah sekalian alam ini Tuhan pun lalu mengghaibkan
burung Nur Muhammad itu. Hingga ghaiblah ia di dalam qindil
mu'allaq. Setelah burung nur Muhammad itu ghaib maka tinggallah
bayangannya sahaja seperti terbang keliling 'Arasy; ia berzikir
dan berdoa.
Syahdan, maka tersebutlah pula akan peluh
yang antara dua pahanya bertitik di atas awan jadilah seekor
burung cenderajinta ialah nur betina yang jadi ini roh cenderawasih
maka peluh dagunya bertitik menjadi burung bratacandra bayu
yang ditunggang oleh burung cenderawasih untuk terbang ke
sana ke mari di atas kayangan. Maka akan peluh dadanya menjadi
burung cenderakasih ialah yang menjadi inang pengasuh dan
menghantarkan makanan. Adapun makanan-makanannya daripada
bulatan awan dan embun jantan akan minumnya.
Maka diceritakan orang adalah bulu burung
cenderawasih yang hijau jatuh ke bumi menjadi batu zamrud
dan fairuz, yang merah jatuh ke bumi menjadi batu delima dan
jika jatuh ke laut menjadi marjan. Bulu yang putih menjadi
intan berlian dab bulu yang hitam menjadi bau 'aiqiq' dan
batu-batu permata yang lainnya.
Adapun
isi perutnya jatuh ke bumi menjadi belalang dewa bulan buat
ubat berbagai-bagai penyakit manusia dan binatang. Ini dicampur
ke dalam minyak kelapa hijau dan dibuat urut badan kita yang
sakit. Belalang dewa boleh buat ubat perempuan lepas bersalin
dan melawaskan haidh.
Adapun bulunya jika dipakai di atas kepala
kita dan dibawa pergi ke mana-mana jadi pengasih pelaris dan
penunduk sekalian manusia. Isinya jika dimakan boleh sembuh
penyakit-penyakit dalam badan. Otaknya jika dimakan jadi cerdik
dan bijak berbicara. Bulu ekor yang panjang itu jika dibuat
gelang dipakai pada lengen kanan jika laki-laki dan lengan
kiri jika perempuan akan jadi hebat dan kuat badannya serta
dikasihi orang.
Maka siapa-siapa yang bertaruh burung cenderawasih
dirumahnya amatlah bertuah orang itu seperti mendapat segunung
emas, sepadang intan berlian dan selautan mutiara. Kuasanya
bertambah, rezekinya murah hingga menjadi kaya raya dan dipandang
mulia.
Telah tersebut cerita seorang tentera Islam
masuk ke dalam negeri Rom dan dia takut kena tangkap tentera
kafir dan masuk penjara dia selama dua puluh tahun. Maka amatlah
berdukacita kerana tidak dapat bersama anak isterinya. Pada
suatu malam dia sedang duduk berfikir keadaannya dan anak
isterinya, tiba-tiba datang seekor burung di atas pagar penjara
dan membaca doa. Maka amatlah terperanjat tentera itu kerana
seekor burung boleh baca doa dengan fasihnya.Maka dia pun
turut baca doa itu beberapa kali hinggan hafaz olehnya,Kemudian
dia beramal dengan doa burung itu tiga malam berturut-turut.
Pada malam akhir sesudah beramal dengan doa burung itu dia
pun tidak berapa lama kemudian ia tiba-tiba sedar berada di
rumahnya, maka sukarialah keluarganya. Wallahu'alam.
Untuk yang berminat untuk memilikinya, sila
hubungi kami untuk maklumat lanjut.
|