|
Menurut
yang empunya cerita di dalam hikayat lama, burung Cenderawasih
itu burung kayangan dipelihara oleh dewa-dewa kayangan. Amatlah
indah rupanya, bulunya berkilauan bersinar benar tiada tolok
bandingannya. Siapa-siapa tengok burung Cenderawasih rawanlah
hatinya dan perasaannya tiada dapat terkira-kira lagi lakunya.
Adapun bulunya jika dipakai di atas kepala
kita dan dibawa pergi ke mana-mana, boleh jadi alat Pengasih,
Pelaris dan Penunduk terhadap sekelian manusia.
Isinya jika dimakan boleh menyembuhkan penyakit-penyakit dalam
badan. Otaknya jika dimakan boleh menjadi cerdik dan bijak
berbicara. Bulu ekor yang panjang itu jika dibuat gelang kemudian
dipakai pada lengan kanan sekiranya untuk lelaki dan lengan
kiri pula untuk perempuan. Maka mereka akan jadi hebat dan
kuat badannya serta dikasihi orang.
Petikan dari kitab tua, Tajul Muluk ada menyebut:
"Maka siapa-siapa yang taruh burung Cenderawasih di
rumahnya amatlah bertuah kerana orang itu seperti mendapat
segunung Emas, sepadang Intan Berlian dan selautan Mutiara.
Kuasanya bertambah, rezekiya banyak hingga menjadi kaya raya
dan dipandang mulia."
Atas sebab kepupusannya dan ada setengah
manusia sampai mati pun hanya dapat mendengar ceritanya sahaja
maka nilai burung ini amatlah tinggi sekali. Kehebatannya
terungkap pada lagu-lagu zaman dahulu kala hinggalah ke hari
ini, tanpa hanya segelintir manusia yang dapat melihat dari
jarak dekat atau menyentuhnya.
Untuk yang berminat untuk memilikinya,
sila hubungi kami untuk maklumat
lanjut.
|